Monday, November 26, 2012

senyumlah...






when a new day begins, dare to smile gratefully :))
Lihatlah dan hitunglah betapa banyaknya perkara baik yang kita miliki dan hadapi saban hari, insyaAllah akan mampu tersenyum merasa kesyukuran...

Tersenyumlah untuk perkara yang tak dimiliki, kerana kita terpelihara dari beban dan cabaran yang datang seiring dengan kurniaan dan kenikmatan.

Dan jangan lupa, hadiahkanlah senyuman kepada insan yang berada di sekeliling kita, moga ada nilai di sisi Tuhan..

'Jangan lah memandang remeh kepada perkara yang baik, sekalipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis'

Siapa yang tak suka dengan wajah yang tersenyum menyenangkan..?

Biasakanlah senyuman, moga itu membina suasana kerja yang bersemangat lagi memotivasikan.









Sunday, November 18, 2012

FAMILYDAY PEJABAT TANAH KUBANG PASU



berpoco-poco sat :))





  
semangatnya kami... jantung bagai nak tercabut :))
jantung dh duk kat lutut :))


Tuesday, October 30, 2012

TEKNIK-TEKNIK UNTUK SENYUM...



“Senyum kamu kepada saudara kamu adalah sedekah…”
                             (Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar)

Aku di gelar manusia yang susah untuk senyum dan aku rasa perlukan perubahan dalam hidup ini maka terpaksalah aku mencari jalan bagaimana untuk senyum... Sekarang aku tengah belajar teknik-teknik untuk senyum dan sedang mengamalkan dalam kehidupan seharian...

1.  Sebut “ONE…” dah?
2.  Sebut “TWO….” dah?
3.  Sekarang sebut “THREE…” ok maintain muka tu… jangan gerak muka… bibir anda tentu sedang    

     terbuka sedikit, bibir jadi bentuk “U” kan? dan pipi anda akan naik sedikit ke atas kan? lepas tu mata     
     anda tentu mengecil sedikit kan? 

Sekarang buat semula semua teknik di atas… kali ni sebut dalam hati je… dah? senyum kan?
Ok sekarang buat sekali lagi.. sebut dalam hati je tapi satu dan dua sebut cepat2 dalam hati dan maintain nombor tiga tu…
memanglah masa mula-mula nak amalkan macam kekok je.. tapi itu adalah antara teknik senyum paling mudah…


harus di ingat:
Jangan sebut kuat2 nombor-nombor tu bila nak senyum depan orang nanti orang kata gila pulak.. hahahaha dalam hati aje k...:))






senyum mcm ni k :))

Sunday, October 21, 2012

KuNiNg

        
ABJ (air batu jagung)hanya RM1.40 sahaja...
sangatlah cantik rasa nk makan lagi..
tapi xla sedap sdp sangat :))
kuning yang terbaik ^_^

Wednesday, October 17, 2012

PEJABAT TANAH DAERAH KUBANG PASU

kini aku di sini..
walaupun dulu aku stdy diploma in nursing tp rezeki aku di pejabat tanah..
kerajaan plak..jawatan tetap..sapa xmaw kn...so aku terima ;))
walaupun agak terkilan bila org mempertikaikn kerja aku y bercanggah dengan apa y aku stdy dlu tp aku tabahkn hati untuk lalui semua tu... 
yang penting pekerjaan yang aku lakukan sekarang daripada sumber yang halal... :))

Wednesday, September 12, 2012

persahabatan...

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya...
 
Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya...

Andai kau ingin bersahabat....terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yg hanya manusia biasa... jangan di harapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna.. tiada yg biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana ALLAH...



Lagi dan lagi :))




Friday, July 20, 2012

segalanya kuning!!!

warna pastel

Apa itu warna pastel? Pastel merujuk kepada warna-warna yang berona lembut. Warna macam pudar-pudar, macam buruk-buruk sikit or macam tak bersemangat or mengantukkan. hehe.. try tgk warna pastel dkt bwh nih...
pening plak tgk cm nih....
cntikkn...:))
warna pastel <3

Monday, February 20, 2012

Kutetap Menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu